Malaysia

Kajian I-SHARE Malaysia

Malaysia adalah salah sebuah negara yang menerajui kajian kesihatan seksual dan reproduktif.

Apakah itu I-SHARE?

I-SHARE (International Sexual Health And REproductive) adalah satu kajian kesihatan yang mengkaji impak krisis COVID-19 ke atas kesihatan seksual dan reproduktif di negara berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat bagaimana langkah-langkah penjarakan sosial yang berbeza di pelbagai negara di seluruh dunia – atas respon kepada pandemik COVID-19 – telah mempengaruhi struktur keluarga, perhubungan dan akses/kebolehdapatan kepada servis kesihatan seksual dan reproduktif.

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut berkenaan I-SHARE?

Kajian I-SHARE Malaysia adalah anjuran bersama Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Malaya. Kajian ini diketuai oleh: Prof Low Wah Yun (Universiti Malaya) dan Dr. Noor Ani Ahmad (Institut Kesihatan Umum).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Prof Low Wah Yun

Emel: lowwy@um.edu.my